Hi berjumpa lagi kite dalam blog aku dan bisnes, lama betul aku tak update pasal bisnes aku kat sini.
Sebenarnya dah lama aku tak buat bisnes Tronexus lagi, sebab apa?
Sebabnya company Tronexus dah tutup tahun 2018, tapi yang bagusnya... management dia ada buat announcement pasal syarikat akan tutup dari beroperasi. Jadi aku sempat port out nombor Tronexus aku ke telco lain. Aku tak tau masa tu aku hanya tefikir nak port out ke Onexox saja. Tak terfikir nak masuk ke telco2 lain. Agaknya masa tu aku tahu, hanya Dealer Onexox saja boleh bantu aku port out telco dengan cepat.
Aku teringat aku ada simpan lagi nombor AD yang berdekatan dengan kawasan rumah aku, dia ada blast wassap kat aku yang dia ada kedai Onexox di GM Klang Aras 6 Blok B. Aku pun terus wassap dia, tanya bia boleh bantu aku port in ke Onexox. Then dia minta aku jumpa dia di GM Klang. Aku pun bergegas ke sana demi untuk selamatkan nombor kesayangan aku. Ada dua nombor aku nak selamatkan, satu nombor bisnes, satu nombor personal.
Aku pun jumpa la dengan AD tu... sembang2 dia pun buatkan port out (MNP) dua2 nombor aku. Lega aku rasa... entah mcm mana boleh cerita pasal nak jadi Dealer Onexox pula... aku sebenarnya tak terfikir pun nak buat balik bisnes simkad. Sebab dah setahun lebih aku dah fokus pada bisnes Cuckoo. Memang bila dah buat bisnes Cuckoo, tak fikir dah bisnes lain, lagi2 bisnes yang jana duit sen-sen macam jual telco ni, jual simkad. Memang masa tu dengar je la ape dia nak cakap, sebab aku memang suka dengar peluang bisnes.
Tapi ada satu point yang buat aku tertarik, dia cerita pasal income plan Onexox Black. masa tu aku buka mata sikit, sebabnya:
Satu - plan Black ni macam postpaid, jadi user kena commit bayar bil setiap bulan which is plan yang sangat aku suka guna. Sebab aku lebih prefer guna postpaidm berbanding prepaid. dan kawan2 aku pun ramai yg pakai postpaid sebab mudah dan senang nak bayar bil, tak perlu pergi cari topup.
Dua - income drp plan Black ni sangat luar biasa. Boleh jana dari 60% hingga 120% untuk Insentif Pengaktifan, dan yang paling best adalah 10% income pasif berterusan yang boleh dijana drp pelanggan setia.
Sebab yang kedua tu, aku terus compare dengan bisnes Cuckoo aku. Di Cuckoo aku boleh jana pendapatan aktif dengan cepat dan segera, setakat rm1000 sebulan, aku boleh dapat dengan mudah dan cepat. Tapi kelemahan bisnes Cuckoo untuk rank Natural Executive (seller biasa), dia tak boleh dapat pasif income. Yang layak bila dah dapat rank Natural Manager (NM), walaupun di Cuckoo ada GSI (Group Sales Incentive) tapi GSI hanya bergantung kepada NE yang kite lantik tu buat sale atau tak. dan ada KPI nya tersendiri, mesti cukup 5 unit baru boleh dapat rm1000 dan gsi mesti dapat 10 unit baru layak dapat tambahan rm700.
Jadi buat Cuckoo, aku kena bersusah-payah buat sales setiap bulan, dan sangat stress bila tak dapat capai 5 unit. Kalau jual 1 unit je, sangat la merugikan sebab company yang untung lebih, aku sebagai seller dapat sikit dan tak setimpal dengan usaha aku untuk promosikan produk.
Berbeza dengan bisnes telco Onexox, dia ada beberapa incentive yang nanti aku akan details kan lagi dalam post aku seterusnya. Walaupun aku dah abnyak gagal dan buat separuh jalan dalam bisnes simkad yang lain, tapi aku nampak Onexox ni company dan plannya makin lama makin mantap.
Aku ada juga tengok2 bisnes Tone Wow yang dulunya Tone Excel dan Tone Plus. Dorang ubah kaedah dan jual simkad murah rm10, bagus ubah kaedah. Tapi yang meragukan aku dan menakutkan aku ialah dorang pergi pindah ke telco Digi. Memang nightmare... jadi aku memang takut nak join dan buat lagi Tone Wow. dah masuk senarai hitam aku sebab bukan aku benci, bukan sebab aku buat tak jadi, tapi aku takut dengan company yang ber[indah ke Digi, risiko untuk tutup tu kemungkinan besar. Sebab banyak telco dibawah Digi dah gulung tikar seperti Friendi, Clixster dan terbaru Tronexus.
Bila aku dah berdaftar sebagai Dealer Onexox, aku terus buat. Aku ajak semua downline Tronexus aku untuk pindah ke Onexox, kebanyakan dorang daripada 45 tu , ada la dalam 12 yang berpindah. Hasilnya, alhamdulillah walaupun dengan 12 orang saja MNP ke Oenxox untuk bulan pertama, aku dah dapat rm112 macam tu untuk income aku yang pertama di Onexox. Income ni aku tak pernah rasa bila aku buat mana2 bisnes telco yang lain. Serius!
Tapi untuk Cuckoo, memang masih jauh lagi la. Jadi aku bercita2 nak buat Onexox macam income di Cuckoo. Ianya tak mustahil, sebab adanya plan Black Onexox.
Nanti aku akan ceritakan apa yang best lagi pasal bisnes telco Onexox ni jika aku rajin nak update blog ni lagi hehe.. stay tune.
p/s : berminat nak tau pasal Onexox, klik sini bit.ly/100GBstore
No comments:
Post a Comment