Tuesday, June 2, 2020

BYE TRONEXUS

Assalamualaikum, 

Hi berjumpa lagi kite dalam blog aku dan bisnes, lama betul aku tak update pasal bisnes aku kat sini. 

Sebenarnya dah lama aku tak buat bisnes Tronexus lagi, sebab apa?

Sebabnya company Tronexus dah tutup tahun 2018, tapi yang bagusnya... management dia ada buat announcement pasal syarikat akan tutup dari beroperasi. Jadi aku sempat port out nombor Tronexus aku ke  telco lain. Aku tak tau masa tu aku hanya tefikir nak port out ke Onexox saja. Tak terfikir nak masuk ke telco2 lain. Agaknya masa tu aku tahu, hanya Dealer Onexox saja boleh bantu aku port out telco dengan cepat.

Aku teringat aku ada simpan lagi nombor AD yang berdekatan dengan kawasan rumah aku, dia ada blast wassap kat aku yang dia ada kedai Onexox di GM Klang Aras 6 Blok B. Aku pun terus wassap dia, tanya bia boleh bantu aku port in ke Onexox. Then dia minta aku jumpa dia di GM Klang. Aku pun bergegas ke sana demi untuk selamatkan nombor kesayangan aku. Ada dua nombor aku nak selamatkan, satu nombor bisnes, satu nombor personal.

Aku pun jumpa la dengan AD tu... sembang2 dia pun buatkan port out (MNP) dua2 nombor aku. Lega aku rasa... entah mcm mana boleh cerita pasal nak jadi Dealer Onexox pula... aku sebenarnya tak terfikir pun nak buat balik bisnes simkad. Sebab dah setahun lebih aku dah fokus pada bisnes Cuckoo. Memang bila dah buat bisnes Cuckoo, tak fikir dah bisnes lain, lagi2 bisnes yang jana duit sen-sen macam jual telco ni, jual simkad. Memang masa tu dengar je la ape dia nak cakap, sebab aku memang suka dengar peluang bisnes.

Tapi ada satu point yang buat aku tertarik, dia cerita pasal income plan Onexox Black. masa tu aku buka mata sikit, sebabnya:

Satu - plan Black ni macam postpaid, jadi user kena commit bayar bil setiap bulan which is plan yang sangat aku suka guna. Sebab aku lebih prefer guna postpaidm berbanding prepaid. dan kawan2 aku pun ramai yg pakai postpaid sebab mudah dan senang nak bayar bil, tak perlu pergi cari topup.

Dua - income drp plan Black ni sangat luar biasa. Boleh jana dari 60% hingga 120% untuk Insentif Pengaktifan, dan yang paling best adalah 10% income pasif berterusan yang boleh dijana drp pelanggan setia.

Sebab yang kedua tu, aku terus compare dengan bisnes Cuckoo aku. Di Cuckoo aku boleh jana pendapatan aktif dengan cepat dan segera, setakat rm1000 sebulan, aku boleh dapat dengan mudah dan cepat. Tapi kelemahan bisnes Cuckoo untuk rank Natural Executive (seller biasa), dia tak boleh dapat pasif income. Yang layak bila dah dapat rank Natural Manager (NM), walaupun di Cuckoo ada GSI (Group Sales Incentive) tapi GSI hanya bergantung kepada NE yang kite lantik tu buat sale atau tak. dan ada KPI nya tersendiri, mesti cukup 5 unit baru boleh dapat rm1000 dan gsi mesti dapat 10 unit baru layak dapat tambahan rm700.

Jadi buat Cuckoo, aku kena bersusah-payah buat sales setiap bulan, dan sangat stress bila tak dapat capai 5 unit. Kalau jual 1 unit je, sangat la merugikan sebab company yang untung lebih, aku sebagai seller dapat sikit dan tak setimpal dengan usaha aku untuk promosikan produk.

Berbeza dengan bisnes telco Onexox, dia ada beberapa incentive yang nanti aku akan details kan lagi dalam post aku seterusnya. Walaupun aku dah abnyak gagal dan buat separuh jalan dalam bisnes simkad yang lain, tapi aku nampak Onexox ni company dan plannya makin lama makin mantap.

Aku ada juga tengok2 bisnes Tone Wow yang dulunya Tone Excel dan Tone Plus. Dorang ubah kaedah dan jual simkad murah rm10, bagus ubah kaedah. Tapi yang meragukan aku dan menakutkan aku ialah dorang pergi pindah ke telco Digi. Memang nightmare... jadi aku memang takut nak join dan buat lagi Tone Wow. dah masuk senarai hitam aku sebab bukan aku benci, bukan sebab aku buat tak jadi, tapi aku takut dengan company yang ber[indah ke Digi, risiko untuk tutup tu kemungkinan besar. Sebab banyak telco dibawah Digi dah gulung tikar seperti Friendi, Clixster dan terbaru Tronexus.

Bila aku dah berdaftar sebagai Dealer Onexox, aku terus buat. Aku ajak semua downline Tronexus aku untuk pindah ke Onexox, kebanyakan dorang daripada 45 tu , ada la dalam 12 yang berpindah. Hasilnya, alhamdulillah walaupun dengan 12 orang saja MNP ke Oenxox untuk bulan pertama, aku dah dapat rm112 macam tu untuk income aku yang pertama di Onexox. Income ni aku tak pernah rasa bila aku buat mana2 bisnes telco yang lain. Serius!

Tapi untuk Cuckoo, memang masih jauh lagi la. Jadi aku bercita2 nak buat Onexox macam income di Cuckoo. Ianya tak mustahil, sebab adanya plan Black Onexox.

Nanti aku akan ceritakan apa yang best lagi pasal bisnes telco Onexox ni jika aku rajin nak update blog ni lagi hehe.. stay tune.

p/s : berminat nak tau pasal Onexox, klik sini bit.ly/100GBstore


















Tuesday, September 5, 2017

PERKEMBANGAN BISNES TRONEXUS YANG RAMAI ORANG TAK TAU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bismillahirohmanirrohim...

Dah lama tak update blog peribadi saya ni dan perkembangan saya dalam bisnes simkad ini....

Setahun lalu bulan 26 Disember 2016 saya ada cerita tentang Tone Excel, Tone Plus, Onexox dan Tronexus

Alhamdulillah... saya masih lagi di platform bisnes simkad walaupun ada beberapa bisnes lain yg saya buat seperti Penapis Air Cuckoo, DeXandra Perfume Jual Pes Seri Serkam.

Sebenarnya sejak Disember 2016 yg lalu fokus saya lebih tertumpu kepada simkad terbaru daripada Tronexus. Hari ni dah 5 September hampir setahun dah saya ceburi bisnes ni. Alhamdulillah network saya setakat ni dalam Tronexus dah mencecah 45 org. Bagi saya ni adalah rekod terbaik saya dalam bisnes simkad.

Tipu la kalau saya kata tak tergugat dan goyah dengan cabaran daripada syarikat gergasi seperti Tone Excel dgn tawaran yg lebih hebat , Onexox dgn data yg kebaboom, dan RedOne dgn komitmen line terendah...

Tronexus... nama yg pada awal kemunculannya pd tahun 2016 memang meletup-letup dgn pakej Unlimited Calls sesama network. Ramai agent2 gila2 promote dan taja lvl 1 pakej Basic rm29 disebabkan promosi ini. Ketika nama Tronexus di kemuncak, satu kejutan drp HQ dgn menukar pakej Unlimited Calls kepada 250 minit panggilan percuma saja utk setiap bulan. Walaupun call ratenya telah diturunkan, tapi ini adalah satu tamparan hebat utk ahli2nya yg hanya fokus menaja dgn teknik unlimited calls. Jd kbykn mereka tak dapat nak pujuk dan explain semula kpd user yg join sblm ini dgn hanya berminat dgn pakej Unlimited calls. Jadi kepercayaan mereka terhadap syarikat telah merudum dan menyamakan syarikat Tronexus seperti Best Mobile, yg telah lingkup...

Saya mcm mana? Hmm saya tak melatah dgn perkara tersebut sbb pglmn sy dlm Tone Group dan menjadi kebiasaan dgn pakej yg sentiasa ditukar2 oleh syarikat TuneTalk dan ToneGroup. Bagi saya ini normal. Apa yg saya nak tengok adalah perkembangan syarikat utk menembusi pasaran luar.

Ya jika dilihat utk pasaran Tronexus nampak seperti telah berkubur dgn kebanyakan ahli2 yg hanya menumpu pd pakej telah lari dan tak meneruskan bisnes ini dan kembali buat bisnes mereka yg dulu spt Onexox, TE, TP ataupun mula dgn bisnes baru spt RedOne. Tapi sebenarnya billboard Tronexus ada di sepanjang highway Utara Selatan. Sungguh saya kagum dgn support drp HQ utk mengukuhkan branding offline.

Sejak saya jadi ahli hanya sekali saja saya hadir ke BOP Tronexus di HQ Jln Kuchai Lama pd awal2 saya join dan sekali utk ambil simkad tu saja. Kemudian sy hadir pd sesi cabutan bertuah pertama yg Tronexus anjurkan di Tabung Haji. Grand prizenya orang Sabah dapat kereta Persona. Biz partner saya En Yusri menang hadiah HP Huawei. Saya gembira sbb org dr network saya dapat hadiah tersebut 😊. Pada ketika sy hadir tu, saya lihat dr segi pengurusan Tronexus nampak teratur dan meyakinkan. Cuma ahli2 nya nampak lemau dan mengharapkan satu pakej terbaru yg syarikat tawarkan utk bersaing dgn syarikat telco yg lain. Tp bagi saya pakej adalah no.2, sbb matlamat utama dlm Tronexus adalah ahli2 yg dibayar komisyen. Bukan sbb mata duitan, bagi saya apabila satu2 syarikat tu membayar komisyen tanpa soal sama ada bayar secara cash di HQ atau online dibayar mgikut tempoh 3hari. Syarikat tu adalah kukuh. Dan duit komisyen boleh dikeluarkan bila2 masa tanpa banyak soal. Ni adalah satu kelebihan Tronexus yg takde tandingan dgn mana2 syarikat lain.

Pejabat HQ juga telah dibesarkan menjadi 3 tingkat sejak event cabutan bertuah lalu. Satu lagi dgn pengumuman terbaru pada 30 Ogos 2017 daripada syarikat Tronexus utk perkembangkan bisnes ini utk ahli2 nya menjadi Tronexus Kiosk dan Tronexus Center. Dah sama macam RedOne dah. Ramai yg tak tau tentang peluang ini sebab ahli2 nya dah lemau mempromosi termasuk la saya... hehehe... saya sebab saya sibuk dgn kerja hakiki 😅 cuma jalan perlahan2 secara online... bagi saya Tronexus ni masih lagi misteri dan masih banyak peluang yg terbuka seperti awal2 syarikat Tone Plus, Tone Excel, Onexox dan RedOne. Memang ada risiko dan belum terbukti lagi, tapi jika syarikat ini bertahan dan berkembang dalam masa tahun ia adalah setanding dgn syarikat gergasi yg ada sekarang ini.

Ya sebelum terlupa, bulan September ini adalah bulan terakhir untuk siapa2 yg inginkan Nombor VIP dan menyertai cabutan bertuah kedua yg menawarkan hadiah yg lebih besar iaitu BMW 330E sport sbg hadiah utama, kereta Persona, motosikal, ipad, basikal dan macam2 lagi... tak sabar nak tunggu hari tersebut, mana tau rezeki saya kali ni. Kalau takde rezeki saya, saya doakan awak yg dapat hadiah cabutan tu tapi yg penting kena upgrade ke Premium member dulu baru la dapat 1 tiket cabutan bertuah. Bagi saya drp upgrade, baik beli nombor VIP yg baru sebab dapat 2 cabutan bertuah, ada 2 peluang cabutan lagi betul tak hehe....

Saya ada buat website vip number di www.telcomaniac.com utk pilihan dan updated terbaru nombor2 vip.

Jika nak senarai terus dr saya boleh terus whatsapp no.vip saya 0182999800. Klik wassap link wasap.my/60182999800/NakVIPNumbers

Nombor 018 tu sy convert dr telco lama utk join premium member Tronexus 😊

Nanti saya akan update tentang team yg saya create utk terus maju dalam bisnes Tronexus ini.

Ok bai...
assalamualaikum...
selamat malam...

Monday, December 26, 2016

TONE PLUS, TONE EXCEL, ONEXOX, TRONEXUS

Ok.... Tengok semua program simkad yg menjana pendapatan tumbuh mcm cendawan lepas hujan...

2010 - Tone Excel (pelopor program simkad rujukan, konsep mencari Pengguna dan Pengedar, mgunakan talian TuneTalk, network Celcom). Syarikat kukuh dan bakal melebarkan saya ke peringkat antarabangsa. Kekurangan leader terlalu fokus utk mencari level 1 sendiri utk capai kebebasan kewangan.

2012 - Tone Plus (adik kpd program Tone Excel, program di bawah syarikat induk sana Tone Group dgn sistem yg berbeza. Tiada konsep level, semua user perlu jadi Peniaga, dan perlu menjadi leader. Tidak sama dgn ToneExcel yg fokus utk mencari level 1, 2, 3 saja. Dalam kumpulan TonePlus perlu kerjasama utk mencapai matlamat reverse 2up, setiap downline perlu pimpin utk dptkn 4org downline masing2 bagi mendapatkan kebebasan kewangan bersama. Kekurangan leader perlu bekerja keras memimpin downline dan mempunyai modal yg besar utk capai kebebasan kewangan.

2014 - Onexox (syarikat Bumiputera) yg menjadi sub company kpd XOX. Beza konsep dgn Tone Group. Menekankan utk mencari user baru dgn simkad 10rgt dan tempoh sah 2tahun 4bulan. Mgunakan network Celcom. Kekurangan perlu mencari user yg banyak dan melantik subdealer yg ramai bg mencapai kebebasan kewangan.

2016 - Tronexus (anak syarikat kepada Talk Focus) yang menggunakan talian Tron dan network DiGi. Menekankan utk mencari user dan Peniaga dgn 3 pilihan modal berbeza bermula dgn rm29 utk basic, rm99 utk standard dan rm299 Premium. Kelebihan boleh berjimat antara keluarga sekiranya semua mgunakan simkad sama, dapat free calls wlwpun xde kredit. Boleh set FnF 15org dgn rate 0.16/min. Dan tempoh sah hingga 365hari. Kekurangan syarikat masih terlalu baru untuk bersaing dr segi kadar dan manfaat berbanding dgn syarikat gergasi.

2016 - Frenz (anak syarikat Friendi) menggunakan talian Friendi dan network Umobile. Berkonsepkan pengguna yg ingin berjimat dan data. Syarikat terlalu baru utk bersaing dr segi kadar dan manfaat berbanding syarikat gergasi.

Tuesday, December 20, 2016

KENAPA BUAT KAJIAN PASAL SIMKAD NI?

Ok kenapa la saya beriya2 buat kajian pasal simkad ni...sebabnya saya minat dengan bisnes simkad ini.

Ok antara yg menarik perhatian saya:
 #1 simkad yg menjana pendapatan tanpa ada kedai
#2 simkad yg memberi insentif yg tertinggi dengan maintenance yg rendah. Jom kira satu per satu...

Lvl 1
ToneExcel kena ada 3acc utk keuntungan maksimum, modal rm300 (3 simkad sendiri), bulanan topap rm60-rm180 (topup 20rgt-60rgt setiap satu acc), modal stok simkad rm300 (3simkad), dah rm600 total. taja sorang dpt 26% komisyen topup, dan fast track rm20 masuk akaun ahli. Sorg topap 100, kite dpt rm26 pecah 3acc (rm10, rm3, rm13). Normal member xada akaun register dlm member login. Kena melalui sms DEC, whatsapp DEC, website DEC, upline saja. Boleh daftarkan sendiri guna ToneGroup Apps dpt rm1.50. Nak upline poskan, boleh mlalui group MMGUIA. Tapi hrga simkad dan buku starter/closing guide, dan flyers rm110

TonePlus cukup 1acc saja, modal rm98 (1 simkad sendiri), bulanan topap rm30, modal stok simkad rm300 (4simkad), k ko örm398 modal. Taja sorang dpt 3%, kena cukupkn taja 4org dulu komisyen tambah jd 13%. Sorg topap 100 kite dpt rm13. Ada akaun register sdiri dlm member login. Boleh guna ToneGroup Apps juga utk daftarkn ahli baru. Nak upline poskan, melalui website promo atau whatsapp, admin akan poskan.

Onexox cukup 1acc saja, modal rm10 (1 simkad sendiri), bulanan xpyh topap cukup topap rm10 lepas daftar dpt validity 850hari (2thn 4bulan), modal jd SubDealer rm90, stok simkad dpt free 5 keping tp kena pilih simkad ada nombor atau simkad kosong. Tambah Rm78 dpt 10kpg simkad. Dah rm178 total. Jual satu user dpt 10%. Taja 1 SD, dpt fast track rm20. Sorang topap rm100, kite dpt rm10. User xboleh register, SubDealer saja. Nak upline poskan, whatsapp dan upline poskan.

Tronexus cukup 1acc, modal rm29 (1simkad sendiri), bulanan topap rm10, modal stok simkad rm100 (min 25kpg beli di HQ, rm2 sekeping no.baru boleh pilih masa nak aktifkan, 5 x rm10 sekeping simkad kosong, free postage). Dah rm79 modal. Taja sorang dpt 8%, fast track rm10. Boleh register dlm member login, atau individu nak join boleh register sendiri melalui link register website hq. Nak upline poskan, xperlu sebab hq akan poskan simkad melalui registration di link HQ terus.

Lvl 2
ToneExcel dpt 3% setiap org.
TonePlus xdapat, kena tunggu cukup 4org baru dpt komisyen 13% utk 2org reverse 2up.
Onexox dpt 2% setiap org.
Tronexus dpt 1%.

Total level
ToneExcel 3 lvl saja (topup 20, 6%,3%,11%/topup 60, 10%,3%,13%)
TonePlus 1 lvl  saja, tp ada reverse 2up dpt 2org dline yg dikongsi drp dline lvl 1 yg taja 4org. Xde lvl infinity. Syaratnya pastikan dline dpt 4org.
Onexox 4 lvl (10%, 2%, 2%, 1%)
Tronexus 8 lvl (8%,1% to lvl 8/)

Pangkat
ToneExcel JC 1%, SC 2.5%, BC 5%.  Kalau dline naik pangkat dulu upline xdpt. Klw sama taraf, kongsi komisyen. Modal naik pangkat tinggi JC 10K, SC 20K, BC 200K. Komisyen topup sama, level bertambah kpd infinity. Ada cara naik murah, main kutu.

TonePlus SC 15+1%, PSC 15+3.5%, BR 17+4.5%, PBR 17+6%. Kalau dline naik pangkat dulu, upline boleh dpt royalti jualan simkad. Modal naik pangkat tinggi SC 5K, PSC 15K, BR 50K, PBR 100K. Komisyen topup bertambah + royalti simkad. Ada cara naik murah, main kutu.

Onexox xboleh beli pangkat. Ikut performance. SD, D, AD, MD. komisyen xtambah, hanya level bertambah,  max 10 lvl.

Tronexus xde pangkat. Boleh beri pilihan utk Basic 29, Standard 99, Premium 299 itu saja. Semua simkad boleh diperoleh drp HQ dgn harga RM2 sekeping. Nombor boleh pilih semasa pendaftaran.

Bonus extra

ToneExcel dan TonePlus ada bonus awal tahun, pakej umrah dan melancong,  event tonerace, ada pinjaman pendidikan/perubatan, dan Biasiswa Pendidikan

Onexox xde, sama je semua

Tronexus utk tajaan dpt Bonus kepimpinan, taja 5 org dpt bonus rm10/rm30/rm50 ikut pakej yg sama dijual, ada bonus rujukan (fast track drp tajaan lvl 1 smpi lvl 8 beza2 ikut pakej),  downline taja org kite dpt fast track juga, ada khairat kematian ikut pakej

 ☑ #3 kadar yang berpatutan, validity, kelebihan pengguna

Tone Excel dan TonePlus kadar 0.28/min, sms 10sen, data 0.10/mb tp dpt byk freebies ikut TuneTalk. Promo skrg Topup 30 dpt free 1.5gb, topup rm50 ke atas dpt free 2gb lagi extra dpt free insurance kemalangan (dah xpyh langgan data dan beli insurance). Tiap kali topup dapat kumpul bigpoints utk redeem tiket flight AirAsia dan handphone. Pastu dpt cashbask 3% setiap kali sendiri topup. Validity paling lama 100hari ikut topup. IDD termahal.

Onexox kadar 5sen~12sen/10saat/ 20saat/30saat, kena langgan data tapi ada promosi data setiap minggu. Validity 850hari (2thn 4bln). IDD main hal.

Tronexus kadar 0.20/min lain rangkaian, 0.16/fnf, free call sama rangkaian, ada basic data dan kena langgan data dan ada promosi data. Validity 365hari. IDD rendah.

 ☑ #4 Harga mampu milik
ToneExcel NM rm98-rm110, JC rm10100, SC 20K, RM150K
TonePlus NM rm78-rm98, SC rm8880, PSC rm18250,
Onexox rm10 (user),rm90,rm298
Tronexus ada pilihan rm29, rm99, rm299

 ☑ #5 Kepimpinan kpd downline
ToneExcel xperlu, fokus lvl 1 saja
TonePlus sangat perlu utk dptkn reverse 2up
Onexox xperlu, fokus cari user sahaja
Tronexus xperlu, fokus lvl 1 saja

 ☑ #6 Mudah duplikasi, mudah jual
ToneExcel sukar sbb harga tetap
TonePlus, mudah tp ada saingan harga
Onexox mudah utk cari user dan SD
Tronexus sederhana, boleh beri pilihan

Ok nampak tak, tgk semua menarik kan? Tu la yg saya dok kaji, bila nak buat betul2 ni pun xtau la hehe... Hati nak buat Toneplus tp modal xde, nak buat ToneExcel tp mcm mahal sgt harga simkad utk jual kt org lain, Buat Onexox dan Tronexus je la ok x? :)

BUAT KAJIAN SIMKAD YANG MENJANA PENDAPATAN

Bila dah buat Tone Excel, ada pulak Tone Plus dan Onexox. Lepas tu postpaid pun ada juga drp RedOne. Jumpa lagi Frenz, Friendi, dan yang terbaru Tronexus hahaha... Dah rasa maca cendawan tumbuh... Ada yg dah wassalam pn ada mcm Salam Fon dan BestMobile...

Company lama mcm TE, TP, Onexox ni memang well known dan syarikat kukuh sebab mereka dah lama wujud. Advantage nya dipercayai dan banyak bukti org yg dah dapat income 5angka 6angka. Tapi disadvantage nya ada orang yg dah xpercaya dan gagal pun ramai... Ada la sebab mereka tersendiri.

Company baru macam Tronexus ni nampak plannya lebih menarik, jimat, modal rwndah dan mampu milik utk semua golongan.  Kadar yg ditawarkan berpatutan, kadar IDD dia pun lebih murah dan saing rapat dengan syarikat telekomunikasi gergasi seperti Digi, Celcom, Maxis dan uMobile.

Cuma kalau nak jadi pengedar simkad telco gergasi ni, kite kena ada kedai sendiri. Itu kelebihan utk peniaga kecil2an ni hanya boleh join program2 rujukan seperti TE, TP, ONEXOX dan Tronexus ni.

Dalam masa terdekat ni mungkin saya akan join Tronexus dan tengok apa yg menarik dalam program ni. Nanti boleh la saya bandingkan kelebihan dan kekurangan keempat2 program ini. RedOne mungkin tak join, tapi mungkin join. Tengok pada plan pemasaran mereka juga. Kalau menarik ok la :)

Monday, October 10, 2016

BANGKIT SEMULA

Alhamdulillah, dengan sokongan drp upline saya, saya mula mempromosikan simkad TonePlus, Tone Excel dan Onexox. Wlwpn berbeza syarikat, tapi Alhamdulillah upline saya semua jenis yg terbuka. Tak salah utk saya melakukan ke semuanya sekiranya mampu.

Esok akan ada subdealer Onexox yg akn daftar di Perak. Dengan berkat kesabaran, perlahan2 org dah mula memerhati perkembangan bisnes saya ini. InsyaAllah hanya perlu bertahan selama dua tahun saja utk menampakkan hasil yg sepadan...

0136331979

Monday, September 19, 2016

KERJA HAKIKI MENYEKAT FOKUS PADA BISNES

Agak lama xpost, em dh 2 minggu tak promosikan simkad. Kena susun strategy baru ni agar jangan terus lemau Dan berkubur... Teruskan usaha, yep saya boleh!