Blog ni aku nak cerita tentang perjalanan aku dalam bisnes telco yang telah diceburi. Mana yang menjadi dan mana yang tak sesuai. Moga blog ini menjadi rujukan untuk sahabat-sahabat yang sedang tercari-cari jenis bisnes telco yang sesuai untuk sahabat semua. Aku doakan sahabat berjaya, dan doakan aku juga berjaya dunia akhirat. Aamiin...
Monday, December 26, 2016
TONE PLUS, TONE EXCEL, ONEXOX, TRONEXUS
2010 - Tone Excel (pelopor program simkad rujukan, konsep mencari Pengguna dan Pengedar, mgunakan talian TuneTalk, network Celcom). Syarikat kukuh dan bakal melebarkan saya ke peringkat antarabangsa. Kekurangan leader terlalu fokus utk mencari level 1 sendiri utk capai kebebasan kewangan.
2012 - Tone Plus (adik kpd program Tone Excel, program di bawah syarikat induk sana Tone Group dgn sistem yg berbeza. Tiada konsep level, semua user perlu jadi Peniaga, dan perlu menjadi leader. Tidak sama dgn ToneExcel yg fokus utk mencari level 1, 2, 3 saja. Dalam kumpulan TonePlus perlu kerjasama utk mencapai matlamat reverse 2up, setiap downline perlu pimpin utk dptkn 4org downline masing2 bagi mendapatkan kebebasan kewangan bersama. Kekurangan leader perlu bekerja keras memimpin downline dan mempunyai modal yg besar utk capai kebebasan kewangan.
2014 - Onexox (syarikat Bumiputera) yg menjadi sub company kpd XOX. Beza konsep dgn Tone Group. Menekankan utk mencari user baru dgn simkad 10rgt dan tempoh sah 2tahun 4bulan. Mgunakan network Celcom. Kekurangan perlu mencari user yg banyak dan melantik subdealer yg ramai bg mencapai kebebasan kewangan.
2016 - Tronexus (anak syarikat kepada Talk Focus) yang menggunakan talian Tron dan network DiGi. Menekankan utk mencari user dan Peniaga dgn 3 pilihan modal berbeza bermula dgn rm29 utk basic, rm99 utk standard dan rm299 Premium. Kelebihan boleh berjimat antara keluarga sekiranya semua mgunakan simkad sama, dapat free calls wlwpun xde kredit. Boleh set FnF 15org dgn rate 0.16/min. Dan tempoh sah hingga 365hari. Kekurangan syarikat masih terlalu baru untuk bersaing dr segi kadar dan manfaat berbanding dgn syarikat gergasi.
2016 - Frenz (anak syarikat Friendi) menggunakan talian Friendi dan network Umobile. Berkonsepkan pengguna yg ingin berjimat dan data. Syarikat terlalu baru utk bersaing dr segi kadar dan manfaat berbanding syarikat gergasi.
Tuesday, December 20, 2016
KENAPA BUAT KAJIAN PASAL SIMKAD NI?
Ok antara yg menarik perhatian saya:
#1 simkad yg menjana pendapatan tanpa ada kedai
#2 simkad yg memberi insentif yg tertinggi dengan maintenance yg rendah. Jom kira satu per satu...
Lvl 1
ToneExcel kena ada 3acc utk keuntungan maksimum, modal rm300 (3 simkad sendiri), bulanan topap rm60-rm180 (topup 20rgt-60rgt setiap satu acc), modal stok simkad rm300 (3simkad), dah rm600 total. taja sorang dpt 26% komisyen topup, dan fast track rm20 masuk akaun ahli. Sorg topap 100, kite dpt rm26 pecah 3acc (rm10, rm3, rm13). Normal member xada akaun register dlm member login. Kena melalui sms DEC, whatsapp DEC, website DEC, upline saja. Boleh daftarkan sendiri guna ToneGroup Apps dpt rm1.50. Nak upline poskan, boleh mlalui group MMGUIA. Tapi hrga simkad dan buku starter/closing guide, dan flyers rm110
TonePlus cukup 1acc saja, modal rm98 (1 simkad sendiri), bulanan topap rm30, modal stok simkad rm300 (4simkad), k ko örm398 modal. Taja sorang dpt 3%, kena cukupkn taja 4org dulu komisyen tambah jd 13%. Sorg topap 100 kite dpt rm13. Ada akaun register sdiri dlm member login. Boleh guna ToneGroup Apps juga utk daftarkn ahli baru. Nak upline poskan, melalui website promo atau whatsapp, admin akan poskan.
Onexox cukup 1acc saja, modal rm10 (1 simkad sendiri), bulanan xpyh topap cukup topap rm10 lepas daftar dpt validity 850hari (2thn 4bulan), modal jd SubDealer rm90, stok simkad dpt free 5 keping tp kena pilih simkad ada nombor atau simkad kosong. Tambah Rm78 dpt 10kpg simkad. Dah rm178 total. Jual satu user dpt 10%. Taja 1 SD, dpt fast track rm20. Sorang topap rm100, kite dpt rm10. User xboleh register, SubDealer saja. Nak upline poskan, whatsapp dan upline poskan.
Tronexus cukup 1acc, modal rm29 (1simkad sendiri), bulanan topap rm10, modal stok simkad rm100 (min 25kpg beli di HQ, rm2 sekeping no.baru boleh pilih masa nak aktifkan, 5 x rm10 sekeping simkad kosong, free postage). Dah rm79 modal. Taja sorang dpt 8%, fast track rm10. Boleh register dlm member login, atau individu nak join boleh register sendiri melalui link register website hq. Nak upline poskan, xperlu sebab hq akan poskan simkad melalui registration di link HQ terus.
Lvl 2
ToneExcel dpt 3% setiap org.
TonePlus xdapat, kena tunggu cukup 4org baru dpt komisyen 13% utk 2org reverse 2up.
Onexox dpt 2% setiap org.
Tronexus dpt 1%.
Total level
ToneExcel 3 lvl saja (topup 20, 6%,3%,11%/topup 60, 10%,3%,13%)
TonePlus 1 lvl saja, tp ada reverse 2up dpt 2org dline yg dikongsi drp dline lvl 1 yg taja 4org. Xde lvl infinity. Syaratnya pastikan dline dpt 4org.
Onexox 4 lvl (10%, 2%, 2%, 1%)
Tronexus 8 lvl (8%,1% to lvl 8/)
Pangkat
ToneExcel JC 1%, SC 2.5%, BC 5%. Kalau dline naik pangkat dulu upline xdpt. Klw sama taraf, kongsi komisyen. Modal naik pangkat tinggi JC 10K, SC 20K, BC 200K. Komisyen topup sama, level bertambah kpd infinity. Ada cara naik murah, main kutu.
TonePlus SC 15+1%, PSC 15+3.5%, BR 17+4.5%, PBR 17+6%. Kalau dline naik pangkat dulu, upline boleh dpt royalti jualan simkad. Modal naik pangkat tinggi SC 5K, PSC 15K, BR 50K, PBR 100K. Komisyen topup bertambah + royalti simkad. Ada cara naik murah, main kutu.
Onexox xboleh beli pangkat. Ikut performance. SD, D, AD, MD. komisyen xtambah, hanya level bertambah, max 10 lvl.
Tronexus xde pangkat. Boleh beri pilihan utk Basic 29, Standard 99, Premium 299 itu saja. Semua simkad boleh diperoleh drp HQ dgn harga RM2 sekeping. Nombor boleh pilih semasa pendaftaran.
Bonus extra
ToneExcel dan TonePlus ada bonus awal tahun, pakej umrah dan melancong, event tonerace, ada pinjaman pendidikan/perubatan, dan Biasiswa Pendidikan
Onexox xde, sama je semua
Tronexus utk tajaan dpt Bonus kepimpinan, taja 5 org dpt bonus rm10/rm30/rm50 ikut pakej yg sama dijual, ada bonus rujukan (fast track drp tajaan lvl 1 smpi lvl 8 beza2 ikut pakej), downline taja org kite dpt fast track juga, ada khairat kematian ikut pakej
☑ #3 kadar yang berpatutan, validity, kelebihan pengguna
Tone Excel dan TonePlus kadar 0.28/min, sms 10sen, data 0.10/mb tp dpt byk freebies ikut TuneTalk. Promo skrg Topup 30 dpt free 1.5gb, topup rm50 ke atas dpt free 2gb lagi extra dpt free insurance kemalangan (dah xpyh langgan data dan beli insurance). Tiap kali topup dapat kumpul bigpoints utk redeem tiket flight AirAsia dan handphone. Pastu dpt cashbask 3% setiap kali sendiri topup. Validity paling lama 100hari ikut topup. IDD termahal.
Onexox kadar 5sen~12sen/10saat/ 20saat/30saat, kena langgan data tapi ada promosi data setiap minggu. Validity 850hari (2thn 4bln). IDD main hal.
Tronexus kadar 0.20/min lain rangkaian, 0.16/fnf, free call sama rangkaian, ada basic data dan kena langgan data dan ada promosi data. Validity 365hari. IDD rendah.
☑ #4 Harga mampu milik
ToneExcel NM rm98-rm110, JC rm10100, SC 20K, RM150K
TonePlus NM rm78-rm98, SC rm8880, PSC rm18250,
Onexox rm10 (user),rm90,rm298
Tronexus ada pilihan rm29, rm99, rm299
☑ #5 Kepimpinan kpd downline
ToneExcel xperlu, fokus lvl 1 saja
TonePlus sangat perlu utk dptkn reverse 2up
Onexox xperlu, fokus cari user sahaja
Tronexus xperlu, fokus lvl 1 saja
☑ #6 Mudah duplikasi, mudah jual
ToneExcel sukar sbb harga tetap
TonePlus, mudah tp ada saingan harga
Onexox mudah utk cari user dan SD
Tronexus sederhana, boleh beri pilihan
Ok nampak tak, tgk semua menarik kan? Tu la yg saya dok kaji, bila nak buat betul2 ni pun xtau la hehe... Hati nak buat Toneplus tp modal xde, nak buat ToneExcel tp mcm mahal sgt harga simkad utk jual kt org lain, Buat Onexox dan Tronexus je la ok x? :)
BUAT KAJIAN SIMKAD YANG MENJANA PENDAPATAN
Company lama mcm TE, TP, Onexox ni memang well known dan syarikat kukuh sebab mereka dah lama wujud. Advantage nya dipercayai dan banyak bukti org yg dah dapat income 5angka 6angka. Tapi disadvantage nya ada orang yg dah xpercaya dan gagal pun ramai... Ada la sebab mereka tersendiri.
Company baru macam Tronexus ni nampak plannya lebih menarik, jimat, modal rwndah dan mampu milik utk semua golongan. Kadar yg ditawarkan berpatutan, kadar IDD dia pun lebih murah dan saing rapat dengan syarikat telekomunikasi gergasi seperti Digi, Celcom, Maxis dan uMobile.
Cuma kalau nak jadi pengedar simkad telco gergasi ni, kite kena ada kedai sendiri. Itu kelebihan utk peniaga kecil2an ni hanya boleh join program2 rujukan seperti TE, TP, ONEXOX dan Tronexus ni.
Dalam masa terdekat ni mungkin saya akan join Tronexus dan tengok apa yg menarik dalam program ni. Nanti boleh la saya bandingkan kelebihan dan kekurangan keempat2 program ini. RedOne mungkin tak join, tapi mungkin join. Tengok pada plan pemasaran mereka juga. Kalau menarik ok la :)
Monday, October 10, 2016
BANGKIT SEMULA
Alhamdulillah, dengan sokongan drp upline saya, saya mula mempromosikan simkad TonePlus, Tone Excel dan Onexox. Wlwpn berbeza syarikat, tapi Alhamdulillah upline saya semua jenis yg terbuka. Tak salah utk saya melakukan ke semuanya sekiranya mampu.
Esok akan ada subdealer Onexox yg akn daftar di Perak. Dengan berkat kesabaran, perlahan2 org dah mula memerhati perkembangan bisnes saya ini. InsyaAllah hanya perlu bertahan selama dua tahun saja utk menampakkan hasil yg sepadan...
0136331979
Monday, September 19, 2016
KERJA HAKIKI MENYEKAT FOKUS PADA BISNES
Agak lama xpost, em dh 2 minggu tak promosikan simkad. Kena susun strategy baru ni agar jangan terus lemau Dan berkubur... Teruskan usaha, yep saya boleh!
Thursday, September 1, 2016
DOWNLINE MULA BERGERAK
Kali ni saya tengah belajar untuk gerakkan downline untuk BERGERAK menaja orang. Yela takkan saya sorang saja yg nak dapat faedah dan hasil daripada TonePlus ini.
Apa yang saya buat, mula memberi semangat Dan inspirasi untuk menaja sekurang2nya 4 orang biz partner agar downline dapat hasil 13% setiap org yg downline taja. Sebab Apa 4 orang? Sebab kalau tak cukup 4, downline hanya layak dapat 3% saja hasil topap.
Setelah downline dpt 4 org, upline baru lah dpt share 3% 2 orang drp downline taja. Konsep sharing Dan saling membantu. Sistem TonePlus berbeza dengan Sistem yang lain, win2 situation. Kalau upline nak reverse 2 up, upline kena bantu downline baru menjadi.
Best ke best?
Kalau anda nak dibantu Dan berjaya bersama2, boleh contact saya
0182999800 (whatsapp)
0108408200 (wa / call)
Monday, August 29, 2016
JALAN SERENTAK
Last entry saya hari tu saya dh join onexox kan. Jgn salah faham pulak, saya join tapi saya tak tinggalkan tone excel Dan toneplus. Saya JALAN SERENTAK tiga2 simkad ni hehhee.
Ramai yang nasihatkan saya agar fokus satu jenis je kalau nak berjaya, em ada betulnya. Tapi kalau kita tau diri kita boleh buat lain2 jenis, apa salahnya? Saya faham, orang nasihat sebab kebiasaannya org xboleh nak bezakan Dan takut pening kalau banyak jenis produk.
Bagi saya tidak, mula2 mgkin saya pening, kemudian saya fikir2, saya dapat bezakan Dan nampak kekuatan produk yg saya ada skrg ni. Jadi Bila cerita kat org, saya boleh cerita ketiga2nya tanpa memeningkn org lain.
Senang je, saya ambil konsep kedai simkad, kenapa mereka boleh jual lain2 produk? Sbb masing2 ada kelebihannya.... Cuma betul la, kalau kita nak berjaya sampai Jadi branch. Pada masa tu memang kena buat pilihan untuk fokus yang mana satu. Tapi untuk permulaan ni, Bagi saya xsalah nak buat lain2 simkad drp syarikat berbeza. 😊
0182999800
0108408200
Monday, August 22, 2016
DAH JOIN ONEXOX
Semalam panggil cikgu untuk beri penerangan tentang ONEXOX kepada abah. Sebab abah nampak lebih berminat dengan ONEXOX, jadi Sebab nak tolong abah buat bisnes yang dia suka bagi LA abah jalan...
OK sekarang DAH complete dah kedai simkad buat duit. TONE EXCEL, TONE PLUS, ONEXOX semuanya ada kelebihan masing2
Yang penting buat, kalau jadi agen macam2 pun kalau tak promote memang tak boleh jadi punya.... Istiqomah Dan jangan give up 😊
0182999800
0108408200
Wednesday, August 17, 2016
BERKIRA2 TONE EXCEL VS TONE PLUS
Kira Dan Kira dua2 ada kekuatan tersendiri.
Tone Excel lebih menjaga keuntungan dalam networking nya saja dan tak perlu fokus menjaga kumpulan, hanya perlu fokus menaja.
TonePlus pula lebih kepada strategy marketing dan leadership dalam satu2 kumpulan supaya berkembang mengikut duplikasi yang betul.
Leader2 dalam ToneGroup banyak berkata supaya fokus pada satu program saja. Tapi Saya jenis suka mencuba, mengkaji Dan experiment pada diri sendiri daripada menjadi pengikut yang setia. Sebab saya fikir, kenapa orang buka kedai telefon boleh jual macam2 simkad? Kenapa tidak saya?
Fokus saya hanya pada simkad yang boleh buat duit, setakat ini hanya 4 syarikat yang buat networking iaitu ToneExcel, TonePlus, RedOne dan OneXox.
Nanti saya Akan ceritakan kekuatan untuk 4 program networking berasaskan telco bisnes seperti yang dinyatakan diatas dalam entry seterusnya.
Syaridatunoor
0182999800
Saturday, August 13, 2016
BUKA BOOTH
Hari ni teknik promosi saya gunakan pendekatan buka booth di hotel Gold Coast Klang. Teknik ini menarik minat orang yang seminar atau mesyuarat sambil2 waktu rehat mereka. Jika ada peluang, boleh aja buat macam ni :)
0182999800
bit.ly/kerjadarirumahje
Friday, August 12, 2016
SEMANGAT SEMULA
Hari ni dah buat keputusan untuk kekal fokus pada TonePlus. Mana2 bisnes pn sama, kalau tak fokus mmg susah nak berjaya. Biar TonePlus dah berjaya baru fikir nak tambah cabang bisnes lain.
Esok nak pergi buka booth di Kapar Klang, mudah2an ada rezeki TonePlus di sana, aamiin..
0182999800
bit.ly/kerjadarirumahje
Wednesday, August 10, 2016
PERLU FOKUS BALIK
Yep sekarang saya perlu mula fokus, perlu ada target. Tadi dah daftarkn tiga orang. Bisnes TonePlus ini memang boleh buat. Cuma perlu fokus dan istiqomah untuk berjaya dalam satu2 bidang. Kipidap sya!
Tuesday, August 9, 2016
MULA SLOW
Mgu ni agak slow feedback utk org join toneplus. Saya fikir ape silapnye. Mula terfikir nk fokus promo guna online, nk guna mcm2 cara.
Em ada pulak terfikir nk aktif tone excel juga, sbb kira2 tone excel bole dpt smpi 20% atau 26% wow! Haha dh Mula pening nk buat mana.
Pastu fikir nk buat juga onexox Dan redone. Semua nk buat serentak, eh boleh ke...??
Monday, August 8, 2016
DAH TERFIKIR NAK UPGRADE KPD SC ATAU PSC TONEPLUS
Lepas rancak mempromosi Dan keahlian yg memberansangkan, saya dh mula nak upgrade ke SC atau PSC. Tp kena ada modal lagi la... Hm...tanya juga founder, tp buat masa ni founder kata nanti dulu... Bagi stabil network dulu... Hm... Mungkin ada betulnya tu, jangan tergesa2 buat keputusan, lagi pun modal nak keluar tu agak besar. Nanti satu masa dah takde masa nak buat disebabkan kerja hakiki... Menangis tak sudah... Tapi saya yakin saya boleh buat, insyaAllah doakan kejayaan saya dalam TonePlus ini.
0182999800
bit.ly/kerjadarirumahje
Saturday, August 6, 2016
HARI2 PROMOTE
Saya promote hari ni kadang2 bukan utk orang masuk hari ni. Hari cerita, sekang 2 3 hari dia pm, call, whatsapp tanya mcm mana nk join. Berbaloikn :) jom join sesama
0182999800
bit.ly/kerjadarirumahje
Wednesday, August 3, 2016
ADA LAGI YANG JOIN
Alhamdulillah hari demi hari ada saja yang Bertanya dan ingin join toneplus. Tak sangka rupanya toneplus lebih menarik minat ramai org berbanding Tone Excel.
Masing-masing ada kekuatan tersendiri, mungkin rezeki saya di toneplus.
Tapi saya ada rahsia di sebalik rezeki ini. Siapa nak tau rahsia tu kena join saya dulu, kite buat sama2 sampai berjaya.
Syaridatunoor
0126331979
tinyurl.com/kerjahalaldarirumah
Monday, August 1, 2016
MACAM MANA NAK DAPAT ORANG HARI2 DALAM TONE PLUS?
Hm... Susah nk cakap mcm mana cari org minat nak join.... Saya rasa ni semua rezeki cepat atau lambat saja. Tapi kena usaha juga, jangan give up!
Saya selalu saja terima penolakan, terutama daripada abang saya sendiri, kak ipar saya sendiri. Mungkin mereka rasa takde keperluan untuk mereka, jadi saya xpaksa pun mereka guna simkad TonePlus ini.
Saya cari dan cari lagi orang yang minat untuk guna simkad ini dan berminat utk menaja orang. Konsep TonePlus ini simple, minat pakai dan minat taja orang. Tu antara kunci prospek utama.
Jadi kenapa kita nak paksa orang? Xperlukan, orang pun xbenci kita. Janji jangan give up saja!
Syaridatunoor
0126331979
tinyurl.com/kerjahalaldarirumah
Sunday, July 31, 2016
SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN
Alhamdulillah... Nampaknya keputusan saya untuk daftar dan fokus pada TonePlus tak mengecewakan... Hampir setiap hari ada saja yang Bertanya dan tertarik untuk masuk...
Dengan teknik marketing power, support group yang strong, website promo dan istiqomah memang sangat2 membantu untuk kita berjaya dalam bisnes Toneplus ini.
Kalau ada yang membaca blog saya ini dan berminat untuk tau Macam mana cara mudah untuk mendapatkan orang join Toneplus boleh roger saya.
InsyaAllah saya dan team akan guide sampai berjaya!
Syaridatunoor
0126331979
tinyurl.com/kerjahalaldarirumah
tonexpress.com/khaisyaonline
Friday, July 29, 2016
DAH CUKUP 4 ORANG JOIN TONE PLUS!
Alhamdulillah... Xsia2 promosi berterusan dan rajin sharw kt orang.... Hari ni lengkap dh 4 org join TP dengan saya....
Rupanya pada awalnya mmg ada ujiannya, Allah nak tengok takat mana usaha kita utk dapatkan sesuatu....
Malu mmg malu la hari2 dok promosi pasal ni, tp sbb yakin dgn sistem toneplus dan strategy marketing utk sentiasa promosi dan promosi. Akhirnya membuah hasil!
Minggu depab saya dengah abah nak Cuba promo guna booth pula, tgk sambutan mcm mana pulak nnt 👍😊
Syaridatunoor
0126331979
tinyurl.com/kerjahalaldarirumah
Wednesday, July 27, 2016
DAH DAPAT ORANG JOIN! ALHAMDULILLAH...
Semalam saya pergi ke cafe abang ipar utk close deal simkad TonePlus.... Tak disangka2 dia nak masuk dan beli 1bizpack yg 4 simkad terus!
Wah alhamdulillah.... Dengan promosi yang tak putus, kite cerita dengan orang terdekat saja pun dah Boleh kita penuhkan 4 orang utk kita menikmati komisyen topap 13%.
Malam ni pula abah pula yg join dan simpan 1 starter pack. Dlm masa beberapa bisnes ni dh mendapat 2 orang join.
Alhamdulillah... Teruskan promosi tanpa malu dan jemu. Yang penting istiqomah saja.
Syaridatunoor
0126331979
Monday, July 25, 2016
MAKIN CONFIDENT PROMOSI
Hari2 saya Bila ada masa terluang saya buat promosi di Facebook menggunakan FB peribadi saya dan FB page yang saya create.
FB page yg batu saya create khas untuk Mempromosikan Jawatan kos
ong, Kerja dari Rumah, part time Dan Bisnes Modal Kecil.
Sesuai dengan kerja kedua yang saya buat ini iaitu menyebarkan info berkaitan Toneplus setiap jam, setiap hari.
Itu secara online, secara Offline saya tak sangka mulut saya mudah utk share tentang TonePlus.
Tadi ada Promoter yg ingin memberi Penerangan tentang saving akaun di NSK semasa saya dan family baru habis beli barang dapur, husband terus cantas tak minat. Tapi... Saya counter balik, saya layan dia saya cakap saya tak minat saving sebab saya dapat income melalui handphone saja. Rupanya dia juga pengguna Tone Excel.... Tapi sekadar gina dan tak share info dgn orang lain.
Saya buka cerita pasal TonePlus, dia pun layan... Saya kata nanti kita set masa yg Sesuai,boleh saya explain detail. Dia pn setuju. Dan saya dpt 1 Prospek HASIL drp buka mulut secara spontan saja.
Hmmm, harap ada la rezeki kali ni. Pelan2 memancingkan, jangan paksa nanti ikan xdatang, kena tgu ikan cari kita. Begitu la juga Bisnes ni, kali ni saya berpendirian mcm tu supaya Bila saya dapat orang nak join, saya tak sedih. Sbb mungkin bukan rezeki saya masa itu.
InsyaAllah kali ni lebih istiqomah.
Syaridatunoor
ToneGroup Distributor
0126331979
Saturday, July 23, 2016
Facebook Page
Saya dah mula create Facebook page bagi iklan kerja2 dari Rumah, part time Dan Bisnes Modal Kecil. Page ni saya gunakan Facebook ads untuk naikkan like. Tapi kosnya gak tinggi Dan perlu modal bnyak bagi menaikkan flight.
Cuba juga Google untuk auto like, rupanya ada website auto like haha... Nanti esok saya nak Cuba buat berkesan ke tak
Friday, July 22, 2016
OFFLINE DAN WHATSAPP PROMOSI TP
Semalam saya Cuba promote secara Offline dengan kawan2 di pejabat. Mula2 nak cerita masa lunch sama2, tapi tengok macam x sesuai sbb semua tengah sembang santai.
Jadi tunggu naik ke pejabat, Cuba cerita dgn kwn bilik sebelah. Dia tertarik dengn Big Points yg ditawarkan oleh Tune Talk.
Ok dia nak tunggu Gaji Dan nak kena tunggu di settlekan hutang postpaid dia baru Boleh tukar kpd simkad Tone Plus.
Pastu saya datang pula ke bilik kawan, saje2 nak makan kuih raya Dan sembang2. Pastu Boleh Terbuka pula cerita pasal Tone Excel. Kebetulan ada 2 orang kawan dah masuk, OK tak apa la saya cerita je sebab dia masuk dulu pun sebab bos dia minta masuk, dengan bayaran RM50 je.
Mereka dah join awal tahun tapi tak dapat support daripada bos yg sponsor. Mereka kecewa. Sy cerita pasal Tone Plus, Mereka tertarik, cuma Mereka agak kecewa sbb kena tukar simkad lagi utk join TP. Saya kata tak apa, nanti Gaji Cuba asingkan Dan support Mereka untuk buat sama2 dgn beberapa strategy yg saya aturkan.
Melalui whatsapp juga saya Cuba, saya war2kan pada abang, kak ipar Dan abang ipar. Yg respon positif hanya abg ipar. Dia kata nak join, tapi kena atur masa ke kedai dia. InsyaAllah hari ni nk pergi kedai dia.
Harap ada la yang confirm untuk join nanti.
Thursday, July 21, 2016
Table Talk Tone Plus
Mlm semalam saya dengan abah saya pergi jumpa En Zul Emran untuk dapatkan penerangan lanjut mengenai Tone Plus.
Penerangan yg diberi jelas dan padat selama saru jam.
Mmg tak salah memilih Tone Plus sebab sistem dia mudah, ringkas dan berkongsi sesama lain.
Nanti saya Akan share entry tone plus secara lebih lanjut ya.
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
ToneGroup CyberjayaKlang
Whatsapp 0126331979
Www.tonegroup.net/toneplus
Wednesday, July 20, 2016
PROMOSI SIMKAD TONE EXCEL
Kali ni saya nak Cuba buat marketing dengan menawarkan 3 orang terpilih untuk dapatkan simkad PERCUMA TONE EXCEL. Tawaran sempena Bulan Syawal ini. Siapa yang berminat boleh Whatsapp saya 0126331979 sebelum tawaran tamat.
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
ToneGroup CyberjayaKlang
Whatsapp 0126331979
Http://tonexpress.com/khaisyaonline
Tuesday, July 19, 2016
TERUJA DENGAN TONE PLUS
Masa saya pergi preview di ToneExcel di Sri Petaling dulu dengan En Yatim, saya ada ternampak system TonePlus di sana.
Saya terfikir apekah TonePlus tu ye? Kenapa Tone Group buat satu lagi sistem selain Tone Excel?
Jadi sejak dari itu hati saya tertanya2 dan ingin tau ape tu Tone Plus. Saya mula aktif study system dia Bila saya nak mulakan semula bisnes Tone Excel ni.
Jadi semalam saya terjumpa satu group ni Squad Tone Plus yang dinaung oleh cikgu Zul Emran branch Shah Alam. Saya mula Whatsapp dia tanya untuk register Tone Plus. Saya ada juga daftar website di prepaidtonePlus.com. Saya fikir group mana yang saya nak join, sebab saya nak buat benda ni serius.
Tone Excel saya Akan buat sambil2 sebab masih ada lagi simkad kosong dengan saya. Jadi saya jalan serentak tapi nak fokus pada Tone Plus. Tak tau kenapa saya rasa lebih yakin dengan Tone Plus. Mungkin rezeki saya ada kat situ kot. InsyaAllah.... Moga dipermudahkan segala usaha Dan perjalanan saya dalam Tone Plus bersama Tone Excel ini. Aamiin aamiin ya Robbal'aalamiin..
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
ToneGroup CyberjayaKlang
TPA 168401
Whatsapp 0126331979
www.tonegroup.net/toneplus
http://tonexpress.com/khaisyaonline
Busy lagi
Hari ni sibuk dengan jamuan raya dia office. Tak sempat post apa2 di facebook, ada pulak hal emergency kat rumah, lepas jamuan kena balik rumah terus...
Ni baru la ada masa lapang sikit, kejap lagi boleh la post pasal Tone Excel lagi. ☺
Monday, July 18, 2016
Hari yang sibuk...
Hari ni tak sempat nak post sangat iklan kat Facebook, busy pula. Takpe tunggu esok macam mana 💪
Sunday, July 17, 2016
PERCUBAAN SECARA OFFLINE
Hari ni hari ke 5 saya mempromosikan Tone Excel. Masih belum ada feedback di facebook. Tak apa janji niat untuk buka peluang pada orang tu perlu konsisten.
Ada pula tetamu datang rumah tadi... Borak2 terbuka pulak cerita pasal side income.... Ni la masa paling baik untuk saya share peluang pasif income dalam Tone Excel secara offline pula.
Saya Cuba cerita tanpa bantuan buku, hanya gunakan handphone saja tunjukkan benefit2 tone excel dan potensi income untuk tetamu ni.
Saya tanamkan dalam hati, saya cuma nak share bukan niat nak amik untung. Kalau dia terus minat nak masuk, lagi bagus 😊
Jadi closing dia kata dia minat, tapi dia kata nanti dulu sebabnya dia kata malas nak promosikan tone excel secara online dan offline.
Saya kata ok x apa, Bila senang add FB saya untuk dapatkan info terbaru tentang Tone Excel. So next! Teruskan promosi tanpa henti smpai 2 tahun 💪👍
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
TE CyberjayaKlang
Whatsapp 0126331979
http://tonexpress.com/khaisyaonline
Saturday, July 16, 2016
FOKUS DAN ISTIQOMAH
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Perjalanan Tone Excel kali ni agak relax, xtau la kenapa. Walaupun setiap hari saya post kat Facebook takde orang like, komen atau share. Masih takde lagi orang Whatsapp saya. Masih takde lagi orang yang register website promo secara PERCUMA. Saya fikir kenapa?
Ya, mungkin sebab saya belum popular. Mungkin sebab saya baru je nak aktif jadi orang tak yakin dengan saya. Mungkin orang belum buka hati dia untuk join. Ada banyak lagi sebab yang mungkin.
Ya, ini semua bergantung kepada rezeki. Tapi kita tak boleh putus Asa. Ini baru hari ke berapa, ini adalah ujian untuk saya. Lagipun kita fokus pada niat kita, memang kita join Tone Excel ni untuk dapat side income. Tapi manusia ni bukannya boleh dipaksa.
Fikir balik kenapa kita tak join Tone Excel dulu? Sama la dengan orang yang kita share sekarang ni. Jadi, pujuk diri sendiri, bertenang dan teruskan.
Fokus pada niat, kita nak bantu keluarga. Fokus pada niat kita nak share dengan orang yang sama nasib dengan kita. Tujuan kita share hari2 di facebook untuk bagi peluang, ada yang boleh dapat hari ini join kita dapat lepas post sekali je. Ada yang dapat orang join lepas post berkali2.
Saya ada terbaca di blog ahli Tone Excel juga, dia post di facebook hari2 takde orang masuk. Tapi pada Bulan ke 3, mula ada orang minat dan semakin bertambah hari ke hari.
Jadi rezeki ni kita tak tau nak datang Bila, kite kena berdoa, yakin, belajar, usaha, dan istiqomah. InsyaAllah dia Akan datang juga. Bukan selesaikan dia dengan cari bisnes lain. Nanti modal beribu riban abis, tapi apa pun tak dapat. Fokus pada ToneExcel, modal dia rendah insyaAllah mudah orang nak join dan kekal sampai bila2.
Ingat, PRODUK yang dijual ini bukan sebarang produk, ia adalah produk keperluan harian yang sentiasa berkembang. Seluruh negara gunakan handphone dan simkad.
FOKUS DAN ISTIQOMAH!
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
Whatsapp 0126331979
http://tonexpress.com/khaisyaonline
Friday, July 15, 2016
COPY PASTE
Hari ni hari ke 3 saya buat promosi Tone Excel guna Facebook. Hari ni saya nak Cuba guna kaedah ayat copy paste iklan daripada Mazelan Abas. Baru je post satu pagi ni, takpe kite tengok apa hasilnya nanti. Doakan Kejayaan saya ye!! 😊
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
Whatsapp 0126331979
http://tonexpress.com/khaisyaonline
PROMOSI DAN PROMOSI
Aku mula promosi secara aktif di Facebook bermula hari Khamis hari tu 14 Julai 2016. Mula ingat nak copy paste ayat orang lain, tapi takpe la aku cuba buat ayat aku sendiri.
Sedihnya takde orang like dan komen seolah2 bercakap sorang2 hehe, tapi takpe baru 2 hari kan... Hari ni aku kena promosi lagi sebab ini la kerja sampingan aku. Kalau nak berjaya, kena konsisten walau apa sekali pun. Rezeki tu hanya Allah yang tau Bila kita Akan dapat. Moga dipermudahkan perjalanan aku dalam Tone Excel kali ni. InsyaAllah... Aamiin..
Ikhlas,
Syaridatunoor Sulaiman
Whatsapp 0126331979
http://tonexpress.com/khaisyaonline
SEJARAH PERMULAAN AKU DAN TONE EXCEL
Aslmkm dan Salam Sejahtera
Kat sini saja nak share pasal aku dah tone excel... Saja2 kot satu hari nanti dapat jadi macam Mazelan Abas, Razif Yusof, dan Team MMGUIA ke kan hehe... Berangan... Tapi tanpa angan-angan, mimpi takkan jadi kenyataan kan? (mcm dlm cerita afdlin shauki dan erra fazira, dulu famous, tp xingat cerita)
Ok back to topic plis! Sebenarnya aku dah lama dah tau pasal Tone Excel ni sebelum dia jadi femes macam sekarang ni.
Awalnya Tone Excel ni diperkenalkan kat aku daripada abang boyfriend aku (skrg dh jadi husband hihi) masa tahun 2011. Tarikh keramat 27 January 2011, haa... Tarikh tu tepat tau! Pasal Tone Excel ada rekod semua member2 dia wlwpn tak aktif dh tau!
Zaman tu TuneTalk baru mula dilancarkan, masa tu juga la ToneExcel lahir. Dorang ni macam kembar tak seiras hehehe. Masa tu aku join je, ade la promote kat abah, dia pun masuk la bagi nak support.... Tp tu je la downline aku masa tu, mmg aku x buat langsung sbb aku xyakin dgn simkad ni. Xjangka boleh tahan lama. Akunpn menyepi... Pakai pun x simkad tu hahaha.
OK dah lama menyepi, 5 September 2014 tetiba ada pulak kawan abah (dulu abh pernah promote dia, tp dia xmasuk sbb xfaham dan xyakin) dia dtg rumah abah... Aku pn ada masa tu... Hm aku tgk dia pakai baju Tone Excel, aku dh agak ape tujuan dia dtg umah abah tu hehe... Dia pn cerita la kat abah dgn aku... Aku dgr tak dengar je sbb aku dh tau pasal Tone Excel ni, dh join dh pun dulu, so eksen la bajet mcm dh master pasal Tone Excel ni 😝 em dia closing soh masuk, patu abah pun support lagi soh aku buat, kot mana la tau kali ni menjadi lak. Yela ada lagi baki simkad kat abah 3 keping, aku ade sekeping. Dia kata boleh masuk guna simkad lama tu je, aku dan abah pn join... OK la layan je la...
Kali ni aku buat dapat la taja dalam 10 orang... Aku gerak aktif dalam masa 3 bulan kalau tak silap, bersemangat la kejap buat sebab dah dapat rentak sharing dgn org kan... Pastu aku kena g kursus asas Kastam 2 minggu, jadual padat jadi tak sempat nak share kat org. Yela org tgh penat2 dlm kursus dgn kawad, kilat kasut la bagai... Hm mmg xde la org nak dengo aku share mende ni hehe
Dah lepas kursus tu, masuk je keje alu dpt surat kena transfer tempat kerja lat Putrajaya lak... Aku dh mati Kutu, alamak tempat baru, mcm mana aku nk share sgn org ni... Malu la xkenal org lagi kan... Abis list prospek aku semua... Hmm start dari situ sikit2 semangat aku padam, sampai la sekarang... Dah setahun dah pun aku tinggal tone excel ni...
Tapi sampai sekarang akaun aku aktif lagi, nak tau pasal apa? Dulu aku convert line utama Maxis aku ke line Tone Excel guna no lama aku, mcm nak nangis gak kan sbb kena tinggalkan Maxis, yela aku mmg pengguna setia xreti nak tukar2 line ni...
Disebabkan line Tone excel aku aktif, aku dapat la komisen setiap Bulan rm30... Lepas la duit topap aku bulan2 hehe...
Em pastu pikir punye pikir... Nape la aku xteruskan buat Tone Excel ni, dah TERBUKTI dapat income tiap2 Bulan, tapi aku yg xnk buat kenapa? Org kalau setahun tu biasa dh dapat paling busuk pun rm3000 kalau buat konsisten.
Sampai la hati aku terbuka lepas aku bersalin anak kedua, mak ai... Kos sara hidup melambung2, dengan bisnes husband pun dh tak ada time tu... Hmmm hanya Allah je yg tau mcm mana susahnya kitorg.... Aku pn tanya balik En Yatim upline aku (setahun lepas income dia 3000, skrg plg kurg 8000 buat relax2 je) dia kata teruskan bisnes ni... Buat santai2 tapi konsisten.... Aku pn pikir betul juga tu, aku ckp dgn husband aku nk buat balik la... Dia kata xpe la xpyh la... Kite buat bisnes yg nyata je... Ok la aku pn senyap...
Pastu senyap2 aku Whatsapp en yatim, nk upgrade simkd 4G, saja je sebenarnya aku saja nk uji dia ingat lagi ke x kt aku hehe... Di pn kata boleh nnt dia dtg jumpe, tapi sbb tgh Bulan Syawal kan, so aku pn kata nak dtg raya rumah dia la alang2.... Dia pn kata ok
Em aku n family termasuk mak abah dtg raya umah dia, sanggup dtg jauh tu kat Kapar, xpe dlm hati aku ckp mgkin ini peluang ke 3 utk aku bjaya dalam Tone Excel ni ke. Aku pn siap upgrade 4g, dan dia pn pesan... Buat la bisnes ni betul2 selama 2 tahun je, lepas tu dh xpyh buat nanti dpt income bulan2 tu sendiri je...
Aku balik rumah, fikir dan buat azam ok kali ni aku nak Cuba konsisten, dan aktif secara online pulak... Offline buat santai2, aku nak tengok hasil kali ni mcm mana pulak.... Mana la tau satu hari nanti alu meletop pulak lebih drp sifu Mazelan Abas (cewah berangan lagi haha)
InsyaAllah satu hari nanti... Aku juga Akan berjaya SEPERTI mereka yg telah berjaya dalam Tone Excel ini.. Aamiin...
Ikhlas daripada,
Syaridatunoor Sulaiman
TE Cyberjaya Klang
Whatsapp 0126331979
http://tonexpress.com/khaisyaonline